Thursday, June 17, 2010

Fadhilat Bulan Rejab


Bulan Rejab kembali lagi. Bulan Rejab merupakan bulan yang sangat dimuliakan dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda tentang kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh dalam kalendar Islam.

Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya dan kemurahan-Nya. Ruangan Bimbingan Rohani ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya.


Amalan terbaik dalam bulan Rejab ini adalah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.
Puasa 2 hari - Mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya
Puasa 3 hari - Dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,
Puasa 4 hari - Diselamatkan daripada seksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.
Puasa 5 hari - Aman dari azab kubur.
Puasa 6 hari - Dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.
Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.
Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.
Puasa 9 hari - Keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.
Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.
Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.
Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.
Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.
Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.
Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.
Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.


Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.


Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.


Setiap umat Islam yang berpuasa pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.


Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.


Orang yang lemah daripada berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.


Monday, June 14, 2010

Back to Pangkor...






dah lama x blk kampung....since after marriage...so yesterday i decide to go back to my lovely kampung...Pangkor Island...with my hubby of course...

Sunday, June 13, 2010

The Most Berdebaq-debaq Moment of My Life






20-11-09....the day i become his....the day people will call me Puan Nadia....and i know my life changed....and it's true...berat da naik 5kg in 6 months...hahaha
hope no more weight gain...kalo tak, kne donate sume baju kt org yg kurus dari saye...

Saturday, June 12, 2010

Melaka River Cruise






Lawatan cikgu-cikgi ke Melaka baru2 ni...enjoy the beautiful scenery>>>
Rumah2 kt tepi sungai ni mesti sentiasa bersih dan cantik...hm..tuan2 rumah pn pandai decorate umah mengikut kreativiti sendiri... sumenye menarik dan memang tertarik dgn river cruise ni

fifa world cup



hm...da start pn bola semalam...husband ajak teman tgk bola plak...tgk kt tv1 je... ;) punye laa ngantok Tuhan je yg tau...first half xde mende pn lg..."apala depa main ni, xdak hasil pn..." dok ngomel2 dlm hati... last2 g kua kan aym dlm fridge...blender bhn2 nk perap aym...bwg...halia...etc...bleh nk goreng jap g...nyum...nyum...

Friday, June 11, 2010

school holidays....

hmmmm.....boringnye cuti sekolah...